Khoo Kay Kim
Khoo Kay Kim

Khoo Kay Kim

Profesor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim (Bahasa Cina: 邱繼金; pinyin: Qiū Jiājīn; Pe̍h-ōe-jī: Khu Ke-kim: Jawi: خاو كي كيم; Lahir 28 Mac 1937 - Meninggal 28 Mei 2019) ialah seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia.Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 (1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang profesor sejarah di Kolej Universiti Malaya.

Khoo Kay Kim

Pekerjaan Sejarawan
Ibu bapa Khoo Soo Jin (bapa)
Chuah Gaik See (ibu)
Pasangan Puan Sri N. Rathimalar (1966–2019) hingga kematiannya[2]
Anak Eddin Khoo
Rubin Khoo
Mavin Khoo
Terkenal kerana Kecemerlangan beliau dalam bidang sejarah Malaysia dan dunia. Pengarang Rukunegara.
Meninggal dunia 28 Mei 2019(2019-05-28) (umur 82)[1]
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Warganegara Malaysia
Kelahiran (1937-03-28)28 Mac 1937
Kampar, Perak, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pusat pendidikan Universiti Malaya
Kediaman Petaling Jaya, Selangor[2]